Wednesday, September 4, 2013

Kempen KuSarungkan Kasih by GMJC


Salam 1 Malaysia...

Sempena September 2013 ini, Persatuan Geng Mesin Jahit Selangor (GMJC) akan menganjurkan Kempen KuSarungkan Kasih. Kempen ini bertujuan mengumpulkan 1000 sarung bantal untuk 'September 1000 Pillowcases Drive'. Sarung bantal ini akan dihadiahkan kepada kanak-kanak pengidap kanser dan penyakit kronik yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital seluruh Malaysia.




Saya menyeru rakan-rakan di luar sana untuk turut serta bersama menjayakan kempen ini. Para dermawan boleh membantu kami dengan cara:-

1. Menjahit sendiri sarung bantal
2. Membeli fabrik dan menghantar kepada kami untuk dijahit
3. Mendermakan wang ringgit untuk kami membeli fabrik dan menjahit sarung bantal.

Ketetapan adalah seperti dibawah:

Material: 100% cotton lembut berwarna dan bercorak ceria sesuai untuk kanak-kanak.

Ukuran: 29 x 19 inchi.

Untuk sumbangan fabrik: 100% cotton lembut berwarna dan bercorak ceria sesuai untuk kanak-kanak. Berukuran sekurang-kurangnya 1 meter bagi setiap corak.

Pesakit kanser mempunyai immuniti yang rendah dan kulit mereka mungkin sangat sensitif jadi perlu diingatkan supaya anda semua TIDAK menggunakan fabrik campuran polyester.

Sarung bantal akan diberikan kepada pesakit kanak-kanak jadi pihak kami memohon agar corak dan warna yang digunakan adalah sesuai dengan kanak-kanak.

Sebarang maklumat lanjut, do contact me nizacraft@gmail.com or just click our banner



Bersama-sama kita membantu kanak kanak ini dengan mengembalikan senyuman mereka. Sesungguhnya tangan yang memberi adalah mulia. Together we are strong.


Love,
 

0 comments:

Post a Comment